Tuesday, July 13, 2010

apa kata hati? epsiod 3 : zurich

kali ni aku nk citer masa aku kt satu restoran mini yg terlatak kt tempat nama stampfenbachstrasse...nama rest mini ni my kitchen,tp bukan malaysian kitchen yg dok heboh2 tu,ni my kitchen,dapur saya dlm bahasa melayunya...tokey kedai ni org gombak...husband n wife yg run this business...dirog ni mmg antara org melayu yg terbest aku pernah jumpa selama aku kt europe ni...

layanan diorg kt kitorg mcm anak raja...hebat la brader dgn kakak ni.sgt2 kelakar dan sgt2 ramah mesra alam...ahahaha...

actually brader ni dia asalnya chef sushi kt switzerland ni.sepanjang dia buat sushi,dia pernah serve paris hilton dan snoop dog.first time aku rasa sushi dia,mak datuk,aku terus melantak byk2..muahahaha...

selama aku kt kedai dia,aku tgk dari pukul 11am sampai pukul 2pm,pelanggan tak putus2.kedai dia ni berkonsepkan take away food,so pelanggan yg dine in hanay lebih kurang 4-5 org je satu masa,yg selebihnya take away...yg bestnya,pukul 2pm semua lauk termasuk sushi akan sold out.habis tanpa ada lebih sikit pun.aku dh rasa setiap lauk dan sushi,takde yg tak sedap,semua sedap sehingga menjilat jari kaki..woo hoo...best tgk org putih mkn lauk melayu,order makanan ikut apa yg ditulis kt menu board,brader ni pun sama,tulis bahasa malaysia je menu dia...ahahaha...lepas tu aku tgk org putih mkn smabal belacan,cili potong,makan pakai tangan lagi.aku kagum cara brader ni berniaga,sebab dlm masa yg sama dia mendidik mat saleh mat saleh ni makan dan adapt budaya melayu yg kengkadang org melayu kt malaysia sendiri dh lupa...

bercakap pasal budaya,mmg la org-org eropah ni budaya diorg bukan lah hebat mana pun,tetapi tamadun yg diorg bawa tu boleh mempengaruhi org lain dlm masa yg sgt singkat.aku tertarik dgn attitude pemandu kt sana,tak wreckless dan kurang ajar mcm pemandu kt malaysia.aku belajar satu perkara kt sana bila aku tanya kt sorg mat saleh,nama dia stefan,kenapa apabila pemandu kereta nampak je org nk melintas terus perlahankna kereta n stop.aku cuma nk tau apa jawapan dia sbb yg ada dlm kepala otak aku ialah,itu dh memang cara diorg,akan bg laluan pada pejalan kaki.mamat ni jawab lain pulak,dia jawab "because actually we are all pedestrians,even we drive cars,but do we drive in our house?do we drive when we're in the office?do we drive in the shopping mall?do we drive when we enter a restaurant? no,we walk.we walk to almost everywhere,we just dont realize it sometimes when we are behind the wheels.so that's why we have to respect pedestrians,because we are on of them..."pergghh...hebat jawapan mamat ni...brilliant...

apa lagi yg aku belajar dari org swiss ni...?hmm....ada lagi...

Friday, July 2, 2010

apa kata hati? episod 2 : zurich,switzerland

mlm lepas dh lepak kt restoran brader ni,kitorg jln2 kt bandar zurich.hebat beb.bandar yg penuh dgn bangunan2 lama....ada yg dekat 100 tahun lebih umur building tu.aku mcm nk giler amik gambar sana-sini.aku sempat pegi swiss bank yg tersohor tu..hebat,mmg hebat.



satu yg aku nampak pasal org2 swiss ni,aku tak nampak ada org yg susah pun kt bandar ni.semua org aku tgk mcm sama je levelnya,baik dari segi berpakaian,maupun dari segi berbelanja.mcm takde golongan susah pun kt bandar zurich ni.aku dpt tau dr brader ni,dia kata switzerland masa kegawatan ekonomi sedang melanda dunia,6 bulan selepas itu baru ada kesan pd switzerland.bayangkan betapa kayanya negara ni....!!!



tp kt sini cost of living agak tinggi...mmg nampak kayanya org2 swiss ni...

lagi satu,switzerland ni yg control negara bukan menteri or presiden or king,tetapi rakyat diorg...rakyat yg tentukan apa yg perlu dibuat untuk negara,apa yg patut dan apa yg tak patut.mmg la menteri2 nya,tetapi mereka mereka hanya menjalankan tugas mengikut apa yg rakyat mahukan.kuasa politik dan negara terletak ditangan rakyat.mmg ada pro dan kontra,tapi merek ni ada tamadun yg hebat,tu sebab boleh buat mcm tu.samapikan penagih dadah yg tegar dpt supply free 3 kali seminggu...so diorg tak perlu nk mencuri atau merompak sbb nk beli dadah.tp boleh ke buat kt malaysia mcm tu...?pikir la sendiri beb...dan perlukan kita buat mcm tu kt malaysia?hmmmm.......

crime rate mmg almost zero kt zurich ni...sebuah bandar yg sgt2 selamat,aku tak dengar org bertengkar,org bergaduh ke,org mabuk terlentang tepi jalan,takde semua tu...bersih,teratur walaupun ia adalah busy city....

matawang yg diorg gunakan adalah swiss franc atau CHF...rendah sikit berbandiung euro,1 euro : 1.3 chf.aku sempat la beli jam swatch yg terlatest utk gf aku.murah klu ikut franc,klu convert rm,ratus-ratus gak lah...

selama aku kt switzerland,aku sempat pergi few other places,luzern,stadel dan bern.

aku sambung lg nnti...cau cin cau...

Thursday, July 1, 2010

apa kata hati...? episod 1 : zurich,switzerland...

dari hamburg ke zurich,aku travel by land lagi.satu experience yg mmg best giler.byk pemandangan menarik dan cantik aku dpt tgk...motorway (kt sini kita panggil highway) kt sana takde speed limit,dan takde toll lansung...hebat...

perjalanan agak jauh,lebih kurang 8 jam dari hamburg ke zurich.selam dlm vito tu,ada masa aku terlelap,ada masa aku melayan view kt luar,ada masa aku layan mp3,ada masa aku tido balik...bertolak dari hamburg hr tu lebih kurang pukul 4 ptg jugak la...patutnya sampai pukul 12 mlm,tp sbb berhenti2,pastu kitorg pun tak rush sgt campur dgn tersesat jln sbb GPS jd bilo kejap,so sampai la kt zurich dekat pukul 4 pagi...12 jam dlm perjalanan beb,tp takpe,kitorg ok je...

pagi masa sampai aku lodged kt hotel leoneck.tp ada sikit masalah kt situ sbb voucher utk menginap dh kena cancelled.so ada bertegang urat jugaklah tour guide aku dgn receptionist kt situ.so,takmo panjang2,dia terus bayar guna duit dia dulu.so kitorg pun dptlah check in...pagunya aku sedar dlm pukul 10,terus tour guide tu kata "we have to check out now,because we are actually got another hotel reserved for everybody..."salah hotel rupanya..ahahah...actually bukanlah salah tour guide aku,sbb voucher yg ada pd dia hotel leoneck tu,rupa2nya,agency office dh tukar ke hotel lain without properly informed him...ahahaha,best gak story tu... :D

so checked out la aku n grup aku n check in ke satu hotel lagi,hotel senator...terbaeekk hotel ni..5 star tu...lepas je letak2 brg,aku terus gerak gi satu location nama badenerstrasse,zurich.kt situ ada satu brader melayu own a restaurant name Singapore Restaurant,tp dia bukan org singapore,dia org kuala kangsar,perak yob...seorang lelaki yg sgt2 cool dan low profile....

cerita brader ni lagi hebat.dia hitchiking tahun 1984 ke merata dunia...arabian countries,europe,semua dia dh explore...brader ni kawin dgn perempuan swiss...dengar citer brader ni mcmana dia menjelajah dunia dgn hitchiking,pheww,aku rasa klulah aku ada peluang mcm tu dulu,aku tak tau apa dh jadi kt aku ni...ntah jd org ke tak agaknya....brader ni pernah buat mcm2 kerja,dari kerja dgn org arab,sampailah kerja dgn org malaysia sendiri..dari kerja oil and gas,sampailah kerja kt restoran...

actually restoran yg dia yg skrg ni adalah milik org malaysia jugak sebelumnya.dia mula kerja dgn restoran ni klu tak silap 10-15 tahun dulu,tp sbb owner lama dia nk balik malaysia for good,so brader ni amik alih sepenuhnya la restoran ni.dia ada sorang partner,melayu singapore.dua2 brader ni best giler.cool n sgt2 merendah diri.

masa aku kt restoran tu,aku tgk ramai giler customer dia.org putih makan nasik and lauk melayu tu...aku try semua lauk yg ada kt siut,aku boleh cakap "TERBAEEEKKKK!!!!" mmg sedap giler makan kt situ,dh la sedap lepas tu byk pulak...nasik mcm nk makan 2 org sekali diorg hidangkan...aku order naik goreng udang,udang dgn nasik,mcm nk sama byk...ahaha...

bila aku tgk kehidupan brader ni,aku rasa mcm teringin nk bermastautin kt negara org...sj nk try cara hidup yg baru...sj nk try sejauh mana aku boleh pergi...


to be continued....