Friday, August 20, 2010

apa kata hati... episod 1 : london

eakli lagi aku travel by land,ayrshire ke london...perjalanan yg jauh jugak...almost 10 jam perjalanan...pheww,semua overland travel kt europe ni berjam2 lamanya...ahahha,tp pengalaman tu yg best,hebat dan byk mengajar byk perkara...

aku sampai london masa tu lebih kurang pukul 10pm...sampai2,terus checked in,then terus gi cari tempat makan...semua dh lapar beb...mlm tu kitorg mkn mlm kt satu restoran milik org malaysia,melor restaurant kt downtown london...apa nama jalannya aku dh lupa...pekena nasik goreng cina n nasik goreng ikan masin...fuhh,mmg sedap...felt like home...hahaha...

lepas makan mlm,kitorg terus balik hotel kt kt central park hotel,queensborough terrace,dekat je dgn malaysia hall....takde apa aktiviti pun lepas tu,aku terus masuk bilik,mandi n tido...

tu intro je,nnti aku story lebih lanjut ye...

catch u later,mate...!!!

Wednesday, August 18, 2010

apa kata hati? episod 2 : scotland

aku bertolak ke ayrshire dari aberdeen lebnih kurang pukul 5 am...dh terang dh masa tu...so perjalanan agak smooth hr tu kitorg sampai seawal 9 am..sampai2 hotel tu aku nampak betapa hebatnya org melayu kt luar negara....aku mcm tak percaya hotel yg ada depan mata aku masa tu milik org melayu,bukan cina,bukan india,bukan orang putih,tp org melayu....besar dan seperti biasa building yg sgt2 klasik...

nama hotel ni station hotel,terletak di bandar ayr.ada beratus2 bilik kt hotel ni and fee dia taklah mahal sgt,dlm kadar 100-200 pound je smlm...bangunan hotel ni berusia 150 tahun...pheewwww...lamanya...actually hotel ni diambil alih oleh brader melayu ni dgn harga dekat 800 ribu pound...wow...hebat brader ni....masa aku kt hotel tu,renovations n refurbishments sedang sibuk dibuat....walaupun bangunan lama,tp masih kukuh dan dijaga dgn baik...sebelah hotel tu ada station keretapi yg boleh membawa kita ke london...hu hu...sgt2 convenient...and hotel ni dekat ke dgn airport...so klu dtg ayrshire ni bleh la lepak kt hotel ni...

tp sayangnya masa aku kt sana,aku tak dpt jumpa owner hotel sbb actually dia base kt london...
jadi aku sempatlah melawat-lawat sekitar bandar ayr ni...bandar yg agak tua tetapi ok...aku sebenarnya sgt sukakan scotland,sejuk dan tenteram...sbb scotland bukanlah negara yg sgt kaya dan sibuk,tetapi it's a good country...

masa kau kt ayr ni,aku dgn grup makan indian food je...sedap tapi...boleh la dr takde benda nk makan...

aku tak lama kt sini,2 hari je...tetapi pengalaman yg aku dpt,priceless...staff2 kt hotel tu pun sgt2 friendly n informative...tak lokek dgn informasi,tanay lah apa pun,mesti diorg akan jawab bersungguh2....aku nk kena jumpa owner hotel ni...so aku kena gi london...so,cau cin cau....

apa kata hati? episod 1 : scotland

agak berjam-jam lah jugak perjalanan dari manchester ke aberdeen,scotland ni klu ikut jln darat...aku tak berapa ingat berapa jam sbb aku tido je sepanjang perjalanan,letih beb...tp yg pasti mmg lama...lebih kurang 1o-11 jam jugak lah...driver aku ada la stop kt services,rehat2,hisap rokok n all...so sampai lah aku ke aberdeen,scotland...negera yg sepanjang tahun sejuk n windy,even during the summer... aberdeen ni byk menggamit sejarah n memori dlm hidup aku..aku takmo cerita la apa memori nya,yg aku nk story kt sini,pengalaman masa aku kt sana tempohari...

sampai2 aberdeen,terus check in kt skent house hotel,kt rosemunt viaduct.hotel ni mmg hebat...simple tp cozy...bilik dia ada dua ruang,satu bilik tidur,satu lagi bilik av dan pantry yg ada kitchen cabinet...mmg best...and semua makanan yg ada kt kitchen cabinet n peti ais,free...boleh makan sesuka hati...terbaeekkk...

masa aku sampai dh pukul 3 am,lepas check-in,aku terus lelap..pukul 8am aku sedar...bermulalah episod kt scotland...sebenarnya dekat aberdeen ni takde responden pun,tetapi sbb aku dh termasukkan dlm jadual aku,so aku singgah la jugak...aku ada kenal satu brader melayu kt sini,dia mmg dilahirkan dan dibesarkan kt sini...so aku pun contact dia n mdia lah yg jadi tour guide kitoran...so aku oun sempatlah melawat beberapa tempat kt sini...yg menarik kt aberdeen ni,amnya di scotland,they still have all the old buildings,dan diorg jaga dgn baik....bukan mcm kt malaysia,semua nk roboh buat new development la,apa la...old churches,old society buildings,museums yg jugak asalnya bangunan2 lama...sgt cantik walaupun aberdeen bukanlah tempat pelancongan yg menarik pun sebenarnya,tapi ada pemandangan yg boleh dilihat.

belah petang yg paling best masa aku kt situ.ada majlis perkahwinan org melayu kt sini.majlis tu diorg buat kt dewan chapplency,kt dlm unversity of aberdeen...so aku pun kesana lah,amik gambar sikit,interview sikit,ramai org melayu kt situ..ada lebih kurang 30 keluarga...so lepas makan2 n amik gambar,aku ke satu taman yg sgt besar,winter garden...ni bukan tempat main salji,tetapi satu taman tertutup yg suhunya lebih kurang 25-30 deg,so bila winter,dior akan masuk ke winter gerden ni utk memanaskan badan dan beriadah...tp syg nya masa aku sampai tu dh agak lewat...so aku dpt masuk sekejap je...tak dpt explore abis apa lagi yg ada kt dalamnya....

aku actually tak lama kt aberdeen,sbb aku kena pergi ke ayrshire,kt situ ada satu hotel yg dimilik oleh anak melayu malaysia...dari aberdeen ke ayrshire lebih kurang 4 jam perjalanan...
so aku akan cerita lagi nnti...

cau cin cau dulu...

apa kata hati? episod 4 : zurich

byk perkara sebenarnya aku dpt belajar kt switzerland...alhamdulillah byk la perkara2 yg positif,yg negatif un ada,mesti la,european kan,mana bleh lari dr kenegatifan...ahaha...tp perkara2 positif yg aku dpt belajar sepanjang kt switzerland,ada yg aku adapt bila aku balik malaysia,tp iyelah,org malaysia nampak kekok lah dgn benda yg aku buat tu,mcm mkn kt mcd lepas tu kemas sendiri,mkn kt kfc pun sama gak...sbb budaya mengemas kt fast food restaurant takde kt sini...tp takpelah,aku suka dgn apa yg aku belajar masa kt europe,so aku buat lah kt sini...aku rasa tak salah apa pun.takde buat sesapa rugi pun...

selepas 5 hari kt switzerland,aku bertolak ke scotland.aku naik flight turun kt manchester,pastu dr manchester ikut jalan darat travel ke aberdeen,scotland....nnti aku citer apa yg ada kt sana lak...

cau cin cau...

Tuesday, July 13, 2010

apa kata hati? epsiod 3 : zurich

kali ni aku nk citer masa aku kt satu restoran mini yg terlatak kt tempat nama stampfenbachstrasse...nama rest mini ni my kitchen,tp bukan malaysian kitchen yg dok heboh2 tu,ni my kitchen,dapur saya dlm bahasa melayunya...tokey kedai ni org gombak...husband n wife yg run this business...dirog ni mmg antara org melayu yg terbest aku pernah jumpa selama aku kt europe ni...

layanan diorg kt kitorg mcm anak raja...hebat la brader dgn kakak ni.sgt2 kelakar dan sgt2 ramah mesra alam...ahahaha...

actually brader ni dia asalnya chef sushi kt switzerland ni.sepanjang dia buat sushi,dia pernah serve paris hilton dan snoop dog.first time aku rasa sushi dia,mak datuk,aku terus melantak byk2..muahahaha...

selama aku kt kedai dia,aku tgk dari pukul 11am sampai pukul 2pm,pelanggan tak putus2.kedai dia ni berkonsepkan take away food,so pelanggan yg dine in hanay lebih kurang 4-5 org je satu masa,yg selebihnya take away...yg bestnya,pukul 2pm semua lauk termasuk sushi akan sold out.habis tanpa ada lebih sikit pun.aku dh rasa setiap lauk dan sushi,takde yg tak sedap,semua sedap sehingga menjilat jari kaki..woo hoo...best tgk org putih mkn lauk melayu,order makanan ikut apa yg ditulis kt menu board,brader ni pun sama,tulis bahasa malaysia je menu dia...ahahaha...lepas tu aku tgk org putih mkn smabal belacan,cili potong,makan pakai tangan lagi.aku kagum cara brader ni berniaga,sebab dlm masa yg sama dia mendidik mat saleh mat saleh ni makan dan adapt budaya melayu yg kengkadang org melayu kt malaysia sendiri dh lupa...

bercakap pasal budaya,mmg la org-org eropah ni budaya diorg bukan lah hebat mana pun,tetapi tamadun yg diorg bawa tu boleh mempengaruhi org lain dlm masa yg sgt singkat.aku tertarik dgn attitude pemandu kt sana,tak wreckless dan kurang ajar mcm pemandu kt malaysia.aku belajar satu perkara kt sana bila aku tanya kt sorg mat saleh,nama dia stefan,kenapa apabila pemandu kereta nampak je org nk melintas terus perlahankna kereta n stop.aku cuma nk tau apa jawapan dia sbb yg ada dlm kepala otak aku ialah,itu dh memang cara diorg,akan bg laluan pada pejalan kaki.mamat ni jawab lain pulak,dia jawab "because actually we are all pedestrians,even we drive cars,but do we drive in our house?do we drive when we're in the office?do we drive in the shopping mall?do we drive when we enter a restaurant? no,we walk.we walk to almost everywhere,we just dont realize it sometimes when we are behind the wheels.so that's why we have to respect pedestrians,because we are on of them..."pergghh...hebat jawapan mamat ni...brilliant...

apa lagi yg aku belajar dari org swiss ni...?hmm....ada lagi...

Friday, July 2, 2010

apa kata hati? episod 2 : zurich,switzerland

mlm lepas dh lepak kt restoran brader ni,kitorg jln2 kt bandar zurich.hebat beb.bandar yg penuh dgn bangunan2 lama....ada yg dekat 100 tahun lebih umur building tu.aku mcm nk giler amik gambar sana-sini.aku sempat pegi swiss bank yg tersohor tu..hebat,mmg hebat.



satu yg aku nampak pasal org2 swiss ni,aku tak nampak ada org yg susah pun kt bandar ni.semua org aku tgk mcm sama je levelnya,baik dari segi berpakaian,maupun dari segi berbelanja.mcm takde golongan susah pun kt bandar zurich ni.aku dpt tau dr brader ni,dia kata switzerland masa kegawatan ekonomi sedang melanda dunia,6 bulan selepas itu baru ada kesan pd switzerland.bayangkan betapa kayanya negara ni....!!!



tp kt sini cost of living agak tinggi...mmg nampak kayanya org2 swiss ni...

lagi satu,switzerland ni yg control negara bukan menteri or presiden or king,tetapi rakyat diorg...rakyat yg tentukan apa yg perlu dibuat untuk negara,apa yg patut dan apa yg tak patut.mmg la menteri2 nya,tetapi mereka mereka hanya menjalankan tugas mengikut apa yg rakyat mahukan.kuasa politik dan negara terletak ditangan rakyat.mmg ada pro dan kontra,tapi merek ni ada tamadun yg hebat,tu sebab boleh buat mcm tu.samapikan penagih dadah yg tegar dpt supply free 3 kali seminggu...so diorg tak perlu nk mencuri atau merompak sbb nk beli dadah.tp boleh ke buat kt malaysia mcm tu...?pikir la sendiri beb...dan perlukan kita buat mcm tu kt malaysia?hmmmm.......

crime rate mmg almost zero kt zurich ni...sebuah bandar yg sgt2 selamat,aku tak dengar org bertengkar,org bergaduh ke,org mabuk terlentang tepi jalan,takde semua tu...bersih,teratur walaupun ia adalah busy city....

matawang yg diorg gunakan adalah swiss franc atau CHF...rendah sikit berbandiung euro,1 euro : 1.3 chf.aku sempat la beli jam swatch yg terlatest utk gf aku.murah klu ikut franc,klu convert rm,ratus-ratus gak lah...

selama aku kt switzerland,aku sempat pergi few other places,luzern,stadel dan bern.

aku sambung lg nnti...cau cin cau...

Thursday, July 1, 2010

apa kata hati...? episod 1 : zurich,switzerland...

dari hamburg ke zurich,aku travel by land lagi.satu experience yg mmg best giler.byk pemandangan menarik dan cantik aku dpt tgk...motorway (kt sini kita panggil highway) kt sana takde speed limit,dan takde toll lansung...hebat...

perjalanan agak jauh,lebih kurang 8 jam dari hamburg ke zurich.selam dlm vito tu,ada masa aku terlelap,ada masa aku melayan view kt luar,ada masa aku layan mp3,ada masa aku tido balik...bertolak dari hamburg hr tu lebih kurang pukul 4 ptg jugak la...patutnya sampai pukul 12 mlm,tp sbb berhenti2,pastu kitorg pun tak rush sgt campur dgn tersesat jln sbb GPS jd bilo kejap,so sampai la kt zurich dekat pukul 4 pagi...12 jam dlm perjalanan beb,tp takpe,kitorg ok je...

pagi masa sampai aku lodged kt hotel leoneck.tp ada sikit masalah kt situ sbb voucher utk menginap dh kena cancelled.so ada bertegang urat jugaklah tour guide aku dgn receptionist kt situ.so,takmo panjang2,dia terus bayar guna duit dia dulu.so kitorg pun dptlah check in...pagunya aku sedar dlm pukul 10,terus tour guide tu kata "we have to check out now,because we are actually got another hotel reserved for everybody..."salah hotel rupanya..ahahah...actually bukanlah salah tour guide aku,sbb voucher yg ada pd dia hotel leoneck tu,rupa2nya,agency office dh tukar ke hotel lain without properly informed him...ahahaha,best gak story tu... :D

so checked out la aku n grup aku n check in ke satu hotel lagi,hotel senator...terbaeekk hotel ni..5 star tu...lepas je letak2 brg,aku terus gerak gi satu location nama badenerstrasse,zurich.kt situ ada satu brader melayu own a restaurant name Singapore Restaurant,tp dia bukan org singapore,dia org kuala kangsar,perak yob...seorang lelaki yg sgt2 cool dan low profile....

cerita brader ni lagi hebat.dia hitchiking tahun 1984 ke merata dunia...arabian countries,europe,semua dia dh explore...brader ni kawin dgn perempuan swiss...dengar citer brader ni mcmana dia menjelajah dunia dgn hitchiking,pheww,aku rasa klulah aku ada peluang mcm tu dulu,aku tak tau apa dh jadi kt aku ni...ntah jd org ke tak agaknya....brader ni pernah buat mcm2 kerja,dari kerja dgn org arab,sampailah kerja dgn org malaysia sendiri..dari kerja oil and gas,sampailah kerja kt restoran...

actually restoran yg dia yg skrg ni adalah milik org malaysia jugak sebelumnya.dia mula kerja dgn restoran ni klu tak silap 10-15 tahun dulu,tp sbb owner lama dia nk balik malaysia for good,so brader ni amik alih sepenuhnya la restoran ni.dia ada sorang partner,melayu singapore.dua2 brader ni best giler.cool n sgt2 merendah diri.

masa aku kt restoran tu,aku tgk ramai giler customer dia.org putih makan nasik and lauk melayu tu...aku try semua lauk yg ada kt siut,aku boleh cakap "TERBAEEEKKKK!!!!" mmg sedap giler makan kt situ,dh la sedap lepas tu byk pulak...nasik mcm nk makan 2 org sekali diorg hidangkan...aku order naik goreng udang,udang dgn nasik,mcm nk sama byk...ahaha...

bila aku tgk kehidupan brader ni,aku rasa mcm teringin nk bermastautin kt negara org...sj nk try cara hidup yg baru...sj nk try sejauh mana aku boleh pergi...


to be continued....

Tuesday, June 29, 2010

apa kata hati...episod 1: hamburg

so hier sind wir wieder....(so here we are again)....ahaha,ckp german la pulak aku ni...selepas lebih kurang 2 jam lebih aku travel overland dr berlin,sampai la aku kt hamburg.aku lodging kt satu hotel namanya gresham carat.hotel ok,staffs dia pun ok...tp sepanjang perjalanan sebelum tu,aku tido je.letih beb.byk benda dlm kepala otak aku,byk benda nk kena pikir n uruskan...



kt hamburg,aku jumpa dua manusia hebat.pasangan suami isteri yg sgt2 tinggi budi pekerti,sgt2 bersih hati diorg ni...



brader ni asal dari sarawak,dh puluh tahun dh duk kt seevetal,hamburg ni.berjumpa dgn isteri (seorg yahudi dr germany) somewhere in borneo,waktu tu diorg ada kt dlm hutan.yg hebatnya,dia berjaya mengIslamkan isterinya selepas bertemu.bukan calang2 org boleh mengislamkan seorg yahudi.hebat brader ni.brader ni seorg pelukis abstrak yg sgt kreatif.anak sorang pawang...tp yg paling best,dia bgtau aku,dia sebenarnya tak tau pun yg dia boleh melukis,tp one day,wife dia tu suruh dia buat sesuatu dgn kemahiran tangan yg dia ada n suruh dia melukis.tu la asalnya brader ni jadi pelukis,dan lukisan2 brader ni ada di seluruh dunia beb.aku ada nampak few of his artwork kt malaysian embassy kt berlin...hebat kan...?

lagi satu yg aku kagum cara dia mendidik anak perempuannya,taibah bidaya.budak ni baru je umur 10 tahun tp sgt2 pandai ambik hati org,n sgt2 menghormati org lain.hari yg aku jumpa dgn dia,dia bg aku sekuntum bunga ros,tanda perkenalan katanya.bygkan aku dgn krew yg semuanya jantan jahanam ni,dpt bunga dr sorg budak yg sgt comel dan lemah lembut tu...lepas ada waktu kitorg makan beramai-2,bila ddh selesai makan,dia akan mintak kebenaran dari brader ni untuk bangun dari meja makan tu...fuuhhh,mcm tu sekali brader ni didik anak dia.hebat,sgt hebat.tp aku tak nampak rasa terkongkong pun kt budak ni ada bapak yg tegas mcm tu.itulah didikan baik namanya.mlm masa kau gi lepak kt umah dia,anak dia ni akan mengaji,brader ni akan ajar anak n isteri dia mengaji selepas solat berjemaah...hmm,hebat sungguh...

org2 kt seevetal ni semuanya ramah dan baik.semuanya talkative and friendly dan suka tolong menolong.aku sempat la gi few tourist places mcm,hamburgerhafen,pelabuhan ke-2 terbesar kt europe,aku gi st.michael's church yg besar tu,musemu2 yg sgt byk,pastu aku gi tgk patung bismarck,ratthaus-town hal diorg yg sgt2 besar,pastu shopping jap kt europa passage...aku sempat beli leather jacket warna putih kt situ...woo hoo...tak la mahal ,dekat 100 euro.

ada satu hari tu aku berhenti kt satu tempat penanaman sayur kt area seevetal ni,sayur tu namanya spargel,mcm asparagus lebih kurang,yg palking best,awek yg jual sayur ni pakai leahter jacket...hu hu,kt malaysia mana ada org jual sayur pakai leather jacket...kt sini,diorg jual sayur pun ada pashmina kt leher... :)

3 hari aku kt hamburg ni byk pengalaman2 hebat yg aku dpt.nk kata gigih,mmg la semua org kt laur negara tu kena gigih bekerja dan berusaha.brader ni sgt2 tenang n sempoi.aku ada plan nk gi semula lepak dgn diorg ni...insyaAllah klu ada rezeki...

itu cerita aku kt hamburg...lepas ni aku nk citer pasal aku kt switzerland...

so apa kata hati...? auf wiedersehen...(goodbye)

Monday, June 28, 2010

apa kata hati...episod 2 : berlin

selama aku kt berlin,aku byk la dpt tgk apa yg dh jadi pada segelintir melayu yg tinggal kt sana,melayu yg dh jadi org jerman,melayu yg dh bukan lagi melayu.tapi itu bukan isu besar pd aku.diorg pilih utk jadi mcm tu,itu hak diorg lah.yg penting,aku tetap diorg layan mcm biasa,takde lebih,takde kurang.

tp pengalaman yg paling menarik masa aku masuk memorial of murdered european jews...kt dlm tu menceritakan pasal holocaust,pasal kekejaman nazi,pasal kekejaman hitler.mmg lah yg kena bunuh tu org yahudi,tp adakah ia sesuatu yg patut dilakukan?aku tak nak komen bab tu,tp klu dikira dari aspek kemanusiaan,mmg la tak patut.itu isu yg sgt kompleks dan berat untuk dibincangkan...kena tgk dari pelbagai segi,dr pelbagai pandangan.kt dalam tu aku bacalh segala yg berlaku,luahan perasaan mangsa,tp yg paling sedih ada satu bapa dipaksa utk sembelih anak sendiri klu tak,seluruh keluarga akan dibunuh kejam. tp selepas disembelih anaknya tu,tetap seluruh keluarga dibunuh kejam.hmmm...aku hampir menitiskan air mata masa kt dalam tu..aku tak pikir pasal yahudi atau tak,aku cuma membayangkan betapa terseksanya diorg...

lepas puas melawat kt dalam tu,aku pekena kbab kt satu restoran turki dekat2 area memorial tu...terbaeekkk gak...tp agak mahal...

3 hari di berlin mcm tak cukup bagi aku.masa on the way ke hamburg,aku sempat berhenti kt berlin city,tgk2 barang.aku sempatlah beli few souvenirs,aku ni gile fridge magnet...ahahaha...aku sempat masuk jap kt hard rock berlin,kena 2-3 short glass of whiskey,aku terus ke hamburg....

so,nnti aku sambung dgn hamburg...aku cau dulu...

Friday, June 25, 2010

apa kata hati...episod 1 : berlin,germany

aku dgn geng budak setan bertolak ke germany pd 17/05/2010,naik etihad,tp kitrg tak amik direct flight,transit kt abu dhabi,then from there flew to frankfurt,then transit lg,(kena tunggu dekat 5 jam kt sini) pastu flew lak ke berlin.penat giler masa tu,tp dh keja kan...

sampai je kt berlin tegel airport,kitrg disambut sorg mamat afghan yg akan jd driver kitrg selama di europe.ashraf ayubi,friendly guy,rajin n informative.

berlin masa aku sampai tu bukan main sejuk lagi,2-3 lapi gak la baju kena pakai...;).lepas check in kt hotel agon alexnaderplatz,aku terus gi jumpa satu brader melayu kt satu tempat nama torstrasse.dia owner restaurant masakan asian/malaysian,champor-champor.brader ni dh duduk berlin dekat 20 tahun gak la n kawin dgn org sana.hebat brader ni.seorang chef,business owner yg cool.aku sempat jumpa 2 org sisters dia yg kerja kt situ.masa aku sampai restoran dia tu,dh pukul 2 lebih,so aku mkn dulu la.dia masakkan aku masak lemak,ikan goreng,sayur campur n few malaysian dishes.terbaeekkk....!!!

warga berlin ni tidaklah friendly sgt,tp diorg ni more to kau,hal kau,aku,hal aku,mcm tu la...tp yg penting utk aku buat kerja kt sini mmg senang,takde halangan or hassle dari pihak berkuasa or the people themselves.mcm masa aku kt south africa tu ada la hassle dr police and all that.

aku sempat gi tempat tembok berlin yg dh jadi sejarah tu,memorial of murdered european jews,motorrad museum,the parliment anf few other places yg aku pun x ingat...


to be continued.....

apa kata hati...episod 3 : afrika selatan

aku sempat pergi ke madrasah zakariyya di lenisia,jumpa dgn 40 org students melayumalaysia yg belajar kt sana.sgt grand madrasah ni,mcm universiti gayanya.hebat kt sini.mkn tghari dgn students kt sana,makan nasik beriani afrika...sedap giler.the best briyanni i have ever eat in my life...dlm nasik tu ada kambing,pastu lauk kari ayam...mak aih,besar2 diorg potong ayam n daging tu...aku tgk bebudak yg study kt situ semuanya tenang dan happy.mmg itu yg diorg gembira utk buat.belajar apa yang diorg mau.buat apa yg diorg impikan.hebat,mmg hebat.

aku kesana dgn delegasi dari kedutaan,termasuklah ambassador sendiri,timbalan ambassador n ketua canserinya.ada la sesi bersoal jawab dgn students.byk benda2 bernas yg dpt diorg kemukan pd pihak kedutaan.aku sebenarnya tak sangka ada student kita yg belajar agama kt situ.byk perkara yg aku dpt timba sbg ilmu n manfaat masa aku kt sini.Alhamdulillah.

Berbalik pada cerita aku kt cape town,masa aku kt bo-kaap,kampung melayu cape yg aku citer tu,aku sempat naik puncak bo-kaap,kt situ ada restoran nama "noon gun restaurant".non gun amik nama sempena nama lokasi t yg ada satu meriam besar yg akan meletus setiap kali tepat pukul 12 tghari setiap hari isnin hingga sabtu.ahad tukang letup tu cuti kot...:)...aku sempat tunggu meriam tu meletup.kuat giler bunyinya...bergegar la kejap telinga aku...ahahaha...klu kt london ada big ben,kt cape town dia pakai meriam je...meletup terus...semua org boleh dengar...

kt restoran tu aku kenal 2 org old timer,en.anwar misbach n puan miriam misbach.sgt2 friendly and lemah lembut.best dok dengar citer diorg pasal asalnya melayu kt situ.mcmana diorg create bahasa pertuturan yg dipanggil afrikaans,siapa yg terawal,dr mana asal mereka.ada yg asla dari makasar indonesia,ada yg asal dari keturunan panglima hitam dari tanah melayu...tp ygpenting diorg bangga jadi melayu,walaupun dh bertukar generasi.

org2 dekat cape town,atau pun lebih dikenali sbg capetonian ni sama gak mcm kt jo-burg.ada yg friendly,ada yg tak.tp kt sini ramai org kulit putih dan agak cerah berbanding kulit hitam.tp still,pukul 6 ke atas,tak digalakkan keluar merayau-rayau sesuka hati.bahaya jgn diundang beb.

10 hari di afrika selatan membuka luas pemikiran aku pasal org kulit hitam dan afrika selatan sendiri termasuklah betapa hebatnya bangsa melayu di bumi asing.kita sebenarnya boleh hidup dimana2 pun,asal tau membawa diri,asal tak jemu berusaha,asal mahu berusaha....

nnti aku sambung trip aku ke europe lak...aku start dgn germany dulu...so aku cau dulu...

so,apa kata hati...?tungguuuuuuu....

apa kata hati...episod 2 : afrika selatan

aku ada kt south africa lebih kurang 10 hari...10 hari aku dpt kenal org afrika selatan,10 hari aku dpt tau diorg ni sebenarnya mcmana...sgt2 berbeza dgn org afrika lain yg dtg kt malaysia.iyelah afrika tu kan besar,bukan satu negara je yg ada...tp mungkin kerana afrika selatan ni agak maju dan agak kaya,so mentaliti warga dia pun agak maju dan educated.

aku dpt la beberapa kawan baru,best gak lepak2 dgn diorg..maybe sbb aku jumpa dgn org2 yg ok,aku pasti,mesti ada yg tak ok gak.mcm kt kl ni,ada melayu yg ok,ada melayu yg tak ok...sama je tu...

masa aku kt jo-burg,aku sempat pergi nelson mandela square,kt situ ada satu patung mandela besar.diorg mmg respect giler kt mamat mandela ni.iyelah,dia kan wira bg diorg...pastu aku sempat gi stadium utama world cup kt soccer city,soweto.best gak la jenjalan kt situ.tp yg penting jo-burg sentiasa dlm pembangunan.ada je yg tgh repair la,tgh rebuild la,tgh buat baru la...everywhere..

aku sempat mkn mlm dgn beberapa keluarga melayu yg tinggal kt sana.ada yg kerja dgn tourism malaysia,ada yg kerja dgn kedutaan,ada yg kerja dgn local factory,mcm2 la...mmg best diorg tu semua...happening...

aku sempat gak jumpa ambassador malaysia ke afrika selatan,ambassador kennedy jawan,org sarawak.friendly,muka mcm pelakon...ahahaha...

ok tu je buat masa ni...nnti aku sambung lg...

apa kata hati...episod 1 : afrika selatan

dh dekat nk sebulan lebih since aku lat memblogging kt sini...aku actually baru je balik dari trip ke afrika selatan,europe n india.akhirnya setelah lebih kurang hampir 2 bulan aku ada kt negara orang,selesailah sudah kerja aku tu.byk benda2 best yg aku nk kongsi kt sini.tp citer terus kt sini mau bernanah jari jemari aku nk tapi ni...aku buat part by part a yek...

aku start dgn trip aku ke south africa...aku pergi 2 tempat actually...johannesburg n cape town.kt situ aku jumpa dgn 2 org melayu yg hebat.satu buat bisnes gemstone,sorg lagi supply minyak masak kelapa sawit.

johannesburg,or nama glam nya,jo-burg,mmg stylo.iyelah,nick name dia pun rich town.byk la aku nampak org2 kaya kt situ.actually aku kt town nama sandton.nice people.merubah pandangan aku about black people.tp maybe sbb dior ni ada duit,so a bit nice la...tp yg tak bestnya,aku dgn geng2 aku di nasihatkan jgn kluar after 6pm,sbb merbahaya.unless in a group,itupun takleh nk merayau sgt.extra pre-caution katanya.lgpun masa tu,diorg tgh prepare utk world-cup....aku respect dgn anak melayu yg berniaga kt situ,hebat,berani,cekal.negara kulit hitam tu,bukan senang....

aku sempat belajar beberapa bahasa,tp yg maksudnya i love u or i miss u je la...ahahaha...klu dlm bahasa zulu i love u ialah niya butanda...klu lg satu bahasa,ntah aku dh lupa namanya,i miss u tu ka ho pots ah hol...hmm,1-2 je yg aku tau pun...

masa aku kt cape town,aku jumpa sorg lagi anak melayu hebat,asal kuala pilah...dia ni sgt2 low profile,sgt2 merendah diri.cape town mmg cantik...aku sempat la jumpa few cape malays or melayu tanjung.diorg ckp b.i. n afrikaans....aku sempat gi satu kawasan nama bo-kaap,tmp settlement cape malays yg muslim.cantik2 org dia n sgt2 friendly...hebat...

tp aku tak sempat nk panjat table mountain yg gah tu sbb masalah cuaca.aku sempat gi black township tempat brader melayu ni supply munyak masak.ya Allah,sgt2 bahaya tempat2 tu.brader ni pernah kena tembak,tp umur dia panjang n dia ttp nekad nk teruskan perjuangan.so,bg aku,dia mmg hebat tahap gaban...!!!

so itu sikit sebanyak citer pasal aku kt south africa.nnti aku sambung...byk lg nk story mory ni...


cau dulu..


so,apa kata hati?...hmm,citer lum abis lagi....

Monday, April 26, 2010

apa kata hati...episod penuh pengharapan

ingat tak last blog aku,aku ada citer pasal project yg aku tgh prepare utk johor corp...?alaa,yg nk pusing satu dunia tu...haa,aku dh dpt secure job tu...Alhamdulillah,ada gak satu projek yg agak besar aku dpt close...ada gak satu projek baik utk company aku...ada gak satu projek yg bagus utk aku jadikan sbg batu loncatan aku membina nama dan reputasi...so,bermula lah episod bagus dlm hidup aku dan kerjaya aku.setelah sekian lama berhempas pulas,bertungkus lumus dan segala yg boleh di"ber"kan....

epsido duka ada gak...aku punya passport takleh nk buat...bukan pasal nama kau aku tak berapa putih dgn bank,tp pasal ic/mykad aku yg dh rosak....hari khamis lepas,22hb april 2010,adalah hari utk episod malang lg bangang tu...aku ni mcm kena main2kan je dgn pegwai kerajaan bodoh tahap gaban tu....

mcm ni ceritanya.....
dlm pukul 2 lebih aku kesana lepas beli laptop baru...(wahh,beli laptop baru aku...)aku kesana kononnya nk buat passport la...aku pegi dgn semua dokumen dh lengkap...gambar 2 keping,mykad photostate and duit yg cukup...sbb nk buat passport kena bayar rm100 utk 2 tahun,rm300 utk 5 tahun...itu korang tau kan...sj aku bgtau kt sini...

pastu tiba la giliran aku ke kaunter nk buat passport tu...tup2,ic aku punya cip rosak...takleh nk guna...mamat pegawai tu tanya aku,"abg ada surat beranak?"aku ckp takde...mana la aku nk simpan surat beranak...pastu dia kata takleh buat ni,kena ada surat beranak klu ic rosak...pastu dia suruh aku buat ic kt sebelah,kt pejabat JPN la...dia kata amik ic sementara pastu apply pasport...dia tak kata yg aku kena ada surat beranak gak...aku pun dgn lurus bendul pegi lah apply ic kt sebelah...dpt ic semsntara broder kt jpn tu kata nk kena ada surat beranak gak klu nk apply passport...MasyaAllah...lepas tu aku kena tunggu 3 minggu br dpt ic baru...Ya Allah...!!!!aku punya la bengang...pastu aku pun call la beberapa org,dior pun start la kata,patutnya aku pegi putrajaya je,senang...satu hari dh dpt...lg la aku meradang...aku ni bukan keja dgn JPN ke imigresen ke...klu aku keja kt situ aku tau la,manay yg cepat mana yg lambat...aku bengang mcm haram petang tu...

mlmnya aku dpt cari surat beranak aku....ya Allah,bukan main old skool lg...esoknya aku pun gi al lg sekali,cuba nk cancel application yg aku buat semlmnya...minah JPN tu kata tak boleh...kononnya dh print...oklah...aku pun gilah imigresen tu sekali lg...dgn harapan dpt la guna surat beranak aku tu...satu lagi hal...!!!tak boleh jugak...katanya surat beranak aku tu yg photostat punya...Astaga...tu je kot yg bapak aku bg aku...lgpun aku ni lahir tahun 1973,masa tu org eja sebagai tu "sa-bagai"...dh lama la,lg nk kata surat beranak aku task boleh guna...

aku pun cau pegi putrajaya...sampai putrajaya aku pun terus apply surat beranak baru dgn harapan dpt la jam itu jugak...lagi satu bangang punya kes,kena tunggu 3 hari...Lailahaillallah...aku dh tak tau nk marah ke,nk diam ke,nk menangis ke,nk berak kat muka org2 yg pandai sgt buat law bodoh mcm haram jadah tu....mcm sial la sistem yg ada ni kdg2...patutnya sistem tu menyenangkan rakyat,tp ini tak,lg menyusahkan...bodoh...bangang...

tu la yg terjadi...ada sj halangan yg ada...aku sampai tak larat dh..tp sebab nk mencari rezeki,aku kuatkan juga...hari rabu aku kena gi putrajaya...nk apply passport...harap2 berjaya la,harap2 jgn la ada lg kes2 gampang....

so apa kata hati...?
hmm....ntahlah...apa pun aku tetap bersyukur pada-Nya....

Wednesday, March 24, 2010

apa kata hati...episod penuh pengharapan...

hari ni pagi2 aku dh ke ofis lagi satu sbb ada visitors dari johor corporation nk dtg visit n have some discussions dgn company yg aku represent.so dlm lebih kurang pukul 10 leboh diorg pun sampai...so aku mulalah dgn segala skrip dlm kepala prepare apa yg diorg ni akan tanya n apa yg aku perlu brief diorg...so after 1 hour,everything is done.aku lega sbb yg dtg semua big shots dr johor corp.johor corp ni satu company yg sgt besar di johor.so aku mmg berharap dpt la project baru ni dr diorg...so now aku tunggu lah jawapan diorg...Ya Allah,bantulah kami....

itu citer pagi,ni citer tghari...dh lepas diorg tu semua cau,lepas aku kemas2 apa yg patut,aku pun balik semula ke ofis aku yg lagi satu...bak kata dlm madu tiga,opis besar...aku pun mulakan lah pencarian sapa yg patut jadi hos program aku tu,sapa yg patut handle management,sapa yg patut itu,sapa yg patut ini...klu diizinkan Tuhan,dpt job ni,akan travel all over the world lah aku...hmm,masalah passport la pulak...passport aku dh hilang...nama aku pun tak berapa putih lak dgn bank...lepas ke aku nk keluar negara ni...?

bersambung......

Monday, March 22, 2010

apa kata hati...? part 3

yg pertama: dh pukul 2:30pm dh ni...aku br je lepas pekena tauhu sedap tadi,apa namanya tau foo fa...original chinese made.sedap giler.kerja kau takde apa sgt pun hr ni...aku dok layan internet je sedari tadi.cecuba gak menulis sinopsis bila dtg idea kerak aku tu.citer jadi campur2...kejap sedih,kejap ganas,kejap flat...aku pun tak tau lah...aku sebenarnyua in between jobs skrg ni.tak tau mana yg akan dtg dulu.offer dh ada few la...tp cuma kompom tak kompom je lagi (ikut style ckp member satu kampung aku masa kt sekolah menengah dulu)...

yg kedua: setakat pukul 2:30 ni aku belum jamah nasi lagi.perut tak lapar lagi sbb td dh telan tau foo fa...aku kena makan gak nasi sbb itu kan makanan ruji org malaysia.jadi dh sememang dari kecik kita dh makan nasi,camane pun kita ttp akan makan nasi gak.kaya mcmana pun lah,klu dibesarkan kt malaysia ni,nasik lah makanan kita.kecualilah yg nk jadi omputih sgt tu,sampai kononnya nasik tk tau nk makan mcmana.ntah la,aku ada gak kenal beberapa org yg seangkatan dgnnya tu...lantak korang lah kan...aku ttp peminat nasik...

yg ketiga: jadi apa kata hati aku hr ni...?kejap aku fikir.....emmm,kata hati aku hr ni, "aku akan terus makan nasik...."

cau cin cau...

Monday, March 15, 2010

apa kata hati...? part 2

1.apa yg ada dlm kepala otak aku ni skrg adalah satu-duit...tak lain dan tak bukan...ramai org kata duit bukan segala-galanya...tp aku nk tambah-segala-galanya memerlukan duit..tanpa ringgit malaysia kita tak akan ada apa2 kt bumi ni...maksud aku,kita akan hilang byk perkara yg kita rasa kita sayang,kita akan hilang byk benda yg kita rasa kita punya,kita tak akan kemana-mana walau seinci pun...bila org ckp dgn aku duit bukan segala-galanya,aku sgt tak setuju.bukan klah aku ni mata duitan atau pandang kebendaan,tp bg aku itu lah sumber segala-galanya untuk zaman ini.klu zaman dulu mungkin la kot duit bukan segala-galanya.dan org yg berkata duit bukan segala-galanya tu bg aku kebanyakannya dtg dr mulut org2 yg kecewa,dtg dr mulut org2 yg kalah,dtg dr mulut org2 yg terkesima...maaf ckp klu apa yg aku kata ni tak betul pd korang,tp pd aku betul...tak salah klu aku nk tulis apa yg aku rasa...aku tak saman org,aku tak curi duit org,aku tak ambik harta sesapa...aku suma tulis apa yg aku rasa je...

2.apa kata hati aku sekarang...?kata hati aku skrg ni adalah buat lah apa yg patut utk maju...releven ke dgn apa yg aku tulis kt atas n pagi tadi...?korang cubalah fikir kan jawapan yg sesuai utk aku...

aku cau cin cau....

Sunday, March 14, 2010

apa kata hati...?

1.hr ni dh lebih kurang 13,214 hari dh aku ada kt mukabumi ni...itu bermakna dh agak lama jugak aku berjalan atas bumi ni..itu bermakna dh byk jugak benda yg aku dh tempuhi,dh aku jumpa,dh aku lihat,dh aku saksikan...36 tahun adalah satu masa yg panjang namun singkat klu betul2 dihayati...aku akan masuk 37 bulan mei nnti.aku akan jadi 53 hari lebih tua dari hr ini...akan bertambha lah tanggungjawab aku.tanggungjawab sebagai orang dewasa kepada orang muda,tanggungjawab sbg bapak kpd anak aku,tanggungjawab seorang lelaki kpd seorg wanita,tanggungjawab seorang manusia kpd manusia yg lain...

2.jadi,apa kata hati...?

aku sambung bila kau blogging semula kejap2 lg...cau cin cau...

Tuesday, March 9, 2010

hari yg tak best...

hari ni aku gi kerja mcm biasa...pukul 9 lebih sikit...satu hari aku menahan mengantuk sbb last nite aku x cukup tido,sakit perut one whole nite...pastu tghari tadi ,shasha,line producer dr filmscape call aku,offer aku job 26 episod utk tv3.aku pun dgn happynya terima lah job tu...tetiba tak sampai 1/2 jam dia call kau kata mintak maaf sgt2 sbb dh ada org lain rupanya dh accept offer tu sebelum aku n dia pun tak tau...aduhai,aku terus kata ok...nk buat camane kan dh takde rezeki kot...itu klu nk tgk dr sudut positif...klu aku nk tgk dr sudut negatif,aku akan ckp,apa sialnya lah nasib aku ni...ada job,aku terpaksa tarik diri,ada offer,rupa2nya bukan utk aku...aku penat la nk mengadap hidup yg mcm ni...aku penatlah nk lalu rentak hidup yg mengarut mcm ni.dah kenapa agaknya dgn aku ni?aku tak tau kt mana silapnya,aku tak pasti kt mana slahnya hidup aku ni...aku tau pasal offer tu lama dh,cuma tak confirm.hr ni aku dpt call,pastu aku kira dh jadi la tu...tup tup,terlepas...hmm,apa perasaan korang klu korang berada dlm situasi yg sama mcm aku?tp tu lah,pikir positif,bukan rezeki aku..hari ni,aku akan tak byk cakap dgn sesiapa...itu attitude baru aku klu aku ada masalah...diam,bisu,beku...

cau cin cau...

Thursday, March 4, 2010

still the same issue...

aku masih marah lagi dgn cerita2 bangang yg kluar kt newspaper pasal artis2 kita...dh 3 kali dh aku tulis isu yg sama.sebabnya,aku bengang giler n dh nk naik meluat.dh la industri hiburan kita ni mcm ada takde je...yg lebihnya citer2 bangang pasal artis tu n artis ni.yg dh cerai,tak abis2 nk ungkit...yg dh kena tinggal,tak abis2 nk bela diri.yg buat taik,tak abis2 nk komen itu n ini...mmg la org boleh kata,tak suka takyah baca,abis aku dh beli newspaper tu takkan aku taknak baca lak apa yg ada kt dlm tu..rugi la aku beli ...cuba lah kluar kan citerpasal artis tu buat amal,artis ni buat benda baik,artis tu bagus,ini bagus...ini tak,mcm semlm,pagi2 dh terbaca pasal nabil kena saman...nabil tu pun satu suka sgt mulut celupar...agak2 la brader nk celupar pun...lu baru berapa hari dlm industri...lu budak mentah,takyah la jolok sarang tebuan..dh kena saman,kan dh jadi isu dh tu.lu ada bakat org dh takmo citer dh pasal tu,org akan citer pasal apa yg lu buat n apa yg org nk buat kt lu...hr ni ada lagi yg kena saman...2 pasangan kekasih kononnya...yg satu janda,yg satu bujang...tak abis2...lepas tu klukorang perasan muka yg sama je yg ada hal atau buat hal...sekali-ekala je ada yg lain...apa daa...aku nk la tgk hr2 citer baik je pasal artis malaysia ni,tak kira la penyanyi ke,pelakon ke,komposer muzik ke,org baru ke,orglama ke...korang tgk,org lama klu ada isu besar pun mesti pasal kebajikan atau ada isu yg berat...isu remeh temeh bangang camni mana ada...aku sebenarnya klu nk story kt sini pasal artis2 ni terutama pelakon boleh je,tp nk buat apa...kan lbih elok kita tutup aib diorg tu...diorg pun manusia,bukannya dilahirkan utk jadi mcm nabi...dilahirkan utk menjadi manusia biasa dan menjalani kehidupan sbg manusia biasa....mestilah kengkadang tu tersangkut sana sini,tersaung sana-sini...pa yg boleh kita nasihat,kita nasihat la cara elok bukan dgn terjah diorg n tulis pasal betapa buruknya diorg setiap hari...

and pada artis2 tanahair,harap2 korang jaga la perangai,jagalah diri,jagalah tuturkata...jgn la terus2an buat benda bangang,jgn terus2an buat benda bodoh...lama2 org akan ingat lu org dgn benda tak elok biarlah luorg bagus mcmana pun...

aku cau cin cau dulu...

skandal kt sana,berita kt sini...

setiap hari klu korang baca newspaper,tak kiralah kosmo ke,haria metro ke mesti ada citer yg tak best pasal artis kita kan...hari2 mesti ada,kekgkadang kau sampai terpikir artis kt malaysia ni takde yg elok ke,artis malaysia ni takde yg baik ke...bidang kerja aku ni selalunya mmg dgn artis tak kisah la penyanyi ke pelakon ke,tp aku tak la nampak yg diorg tu seburuk yg ditulis,seburuk yg direncanakan dlm suratkhabar...mmg la ada satu dua perkara yg tak sepatutnya diorg buat,kekgkdang diorg terbuat gak,tp reporter2 ni bukan main lagi menghentam diorg.samapi lansung dh tak nampak dh baiknya artis tu,sampai x nampak lansung eloknya dia.apa dh jadi?takkan semua benda tak elok nk bgtau peminat n pembaca?takkan semua yg tak bagus nk keoch satu malaysia?at least,cover2 la sikit,mmg la korang cuma sampaikan berita,tp apa lah salahnya tolong2 cover sikit aib artis2 tu.artis ni pun satu kengkadang sibuk nk omnen gak tu bila kena tanya dgn wartawan,ckp no komen sudah la...korang jugak yg sibuk nk jual citer...korang jugak kengkadang nk tegakkan benang yg basah...biarlah reporters tu tanay byk kali pun,klu taknak ada kontorversi,takyah jawab...buat bodoh je...peminat akan lebih menghargai klu korang buat mcm tu...percayalah...

pd reporters,agak2 la dlm buat kerja korang...jgn sampai terkena btg hidung sendiri...

cau cin cau...

Tuesday, March 2, 2010

budi bahasa yg dh takde...

1.2-3 hari lepas aku ada tgk kt tv3 program "terjah"...program yg byk citer pasal hal2 artis malaysia ni,tk kira yg elok ke yg tak elok ke,tp program ni aku tgk lebih byk yg tak elok dr yg elok...pastu ada la mcm2 citer diorg tunjukkan...yg aku nk tulis kt sini pasal kebanyakkan reporter yg berperangai bangsat dan takde tatabahasa yg elok...dan reporter2 tu semuanya melayu lah,sbb klu reporter cina atau india,diorg klu takde budi bahasa pun lantaklah,aku tak peduli...sbb aku prg melayu,so aku nk citer la pasal org melayu...cara diorg soal artis tu pun aku tgk mcm cara org yg takde mak bapak,sbba apa aku kata camtu,sbb klu kita ada mak bapak,dh tentu mak bapak kita akan ajar kita pasal sopan-santun dan budi bahasa...ok tolak tepi lah sopan santun,at least kita ada sedikit adab dlm bertanya soalan apa lagi nk tunjuk dlm tv...aku bukan lah nk sokong sgt artis malaysia,iye lah diorg pun manusia,ada silap dan kenkadang tu memperbodohkan diri sendiri...tp reporter tu pun sampai mcm kaki pukul yg tekde tamadun bila bertanya soalan...kok ye pun marah dgn artis tu,tp jgn la sampai lupa diri dan lupa asal-usul...

2.aku nk sgt jumpa dgn reporter2 tu,nk tanya klulah orang buat maka bapak korang atau adik beradik korang mcm tu,apa rasa agakanya...kita tak payah la nk ikut perangai orang putih yg tak tau adab dan sopan tu...diorg tu semua mana ada tamadun...takpayah la kita konon2 atas dasar nk jadi manusia yg sgt berterus terang sampai perangai pun akhirnya nampak mcm binatang...
kita ni dh maju sgt ke sampai perangai pun kononnya itulah sifat org yg maju...?malaysia mmg dh maju,tp kita sebagai warganya,dh maju ke?aku rasa tak,sbb masih ikut perangai bodoh org putih tu baik dr cara berckp sampailah ke perangai...

3.aku bukan setakat refer pd reporter "terjah" tu,aku refer pd semua reporter hiburan tanahair...harap2 jgn la berlebih2 dlm nk bg berita pd pembaca,pendengar n penonton,mmg la org melayu ni suka benda2 mcm tu,tp klu kita kurangkan dan tidak berlebih2,lama2 org melayu akan jadi lg best dan tidak berperangai bangsat suka amik tau benda yg tak berfaedah...

4.aku harap ada la reporter yg baca blog aku ni...pesan aku buat lah kerja korang,takde sapa larang tp jgn la sampai overstep the borders...jgn la melampau dan melebih2...ingat satu perkara..."what goes around,comes around...."nnti jgn sampai terkena diri sendiri,terkantoi dgn perkara yg bukan2...mmg takkan ada org yg tulis pasal korang,tp benda2 mcm tu,korang akan terasa jugak pedihnya....

cau cin cau....

Sunday, February 28, 2010

hari isnin yg biru...

1.tup tap tup tap...dh isnin balik...hmm...aku bangun pg tadi dgn penuh kemengantukkan...dh la masuk tido mlm td lewat giler sbb layan tv...pastu masuk ofis pagi2 ni bukan ada keja pun...melangut je ni ha...aku bfast simple je hr ni,milo ais...rasa mcm nk sambung tido je klu boleh,tp apakan daya,dh kt tempat keja kot...

2.last thursday n friday aku rasa hari2 yg paling tak best dlm hidup aku dlm tahun 2010 ni...ada satu hal dh jadi,satu hal yg mmg buat aku hilang mood,buat aku membisu seribu bahasa,buat aku tak jawab telefon,buat aku tak reply sms,buat aku malas nk jumpa orang,buat aku mcm hilang segala-galanya...aku tak mungkin dpt maafkan diri aku utk benda yg berlaku tu...buat masa ni biarlah aku simpan dulu kot citer tu..masih berdarah lagi ni...tunggu dh jadi kudis yg keirng dh boleh kopek baru aku story mory...

3.saturday nite lak club kesayangan aku kalah teruk kt tempat sendiri...adoyai...bengang betul aku...tu lah padahnya ramai sgt yg kaki betina...bodoh punya chelsea...dh la masa uefa match pun kalah...apa lah...

4.aku dh semakin mengantuk...aiyoo,baru pukul 9:50....hmm....

Friday, February 19, 2010

hari2 yg membosankan....

1.kebelakangan ni aku agak moody...mood aku sejak ahad tu hari dh mula spoiled...actually last sunday tu hp aku hilang...camane aku boleh tertinggal pun aku tak tau...aku leka rasanya kot...tp kehilangan hp aku tu mmg membuatkan mood aku spoil gila babeng...sampai ke hari ni...mmg la on the same day aku dpt hp baru awek aku belikan,tp still moody tu bertali arus...aku rasa mcm ada je benda dlm kepala hotak aku ni yg menjadi beban sekian hari...ye la,aku belum ada job yg confirm lg ni utk bulan2 yg akan dtg sejak aku tarik diri dr job sebelum ni dgn kabir bahtia...aku bukan apa,job tu sebenarnya sgt2 best,tp aku tak larat dgn persiapan yg tak cukup utk pergi kerja setiap hari...tiap2 hr ada je benda yg kurang,ada je benda yg tak prepared...aku tak boleh la pergi kerja dgn persiapan yg ala2 gitu...aku bila bekerja aku suka deliver,aku suka perform dgn baik,aku pantang org tgk kekurangan dlm kerja aku,eventho maybe diorg faham,tp aku tak boleh camtu...dr teru-terusan dgn kelemahan2 yg mcm tu,aku decided utk tarik diri n get my friend to replace me...aku bukan cau mcm tu je,itu bukan cara aku...aku cau dan aku beritahu immediate superior aku pastu aku handover job nicely....

2.aku skrg ni lum ada apa2 job yg confirm...ada la 2-3 deal tp belum ada keputusan...tu yg lagi menambahkan ketiadaan mood aku tu...ahaha...aku rasa mcm kosong je 2-3 hari ni...aku masuk ofis mcm biasa,tp takde benda sgt yg nk dibuat..end up layan facebook...pastu makan,pastu layan internet...itu je...nothing else...

3.mood aku dh semakin hilang...aku cau ci cau dulu...