Friday, June 25, 2010

apa kata hati...episod 3 : afrika selatan

aku sempat pergi ke madrasah zakariyya di lenisia,jumpa dgn 40 org students melayumalaysia yg belajar kt sana.sgt grand madrasah ni,mcm universiti gayanya.hebat kt sini.mkn tghari dgn students kt sana,makan nasik beriani afrika...sedap giler.the best briyanni i have ever eat in my life...dlm nasik tu ada kambing,pastu lauk kari ayam...mak aih,besar2 diorg potong ayam n daging tu...aku tgk bebudak yg study kt situ semuanya tenang dan happy.mmg itu yg diorg gembira utk buat.belajar apa yang diorg mau.buat apa yg diorg impikan.hebat,mmg hebat.

aku kesana dgn delegasi dari kedutaan,termasuklah ambassador sendiri,timbalan ambassador n ketua canserinya.ada la sesi bersoal jawab dgn students.byk benda2 bernas yg dpt diorg kemukan pd pihak kedutaan.aku sebenarnya tak sangka ada student kita yg belajar agama kt situ.byk perkara yg aku dpt timba sbg ilmu n manfaat masa aku kt sini.Alhamdulillah.

Berbalik pada cerita aku kt cape town,masa aku kt bo-kaap,kampung melayu cape yg aku citer tu,aku sempat naik puncak bo-kaap,kt situ ada restoran nama "noon gun restaurant".non gun amik nama sempena nama lokasi t yg ada satu meriam besar yg akan meletus setiap kali tepat pukul 12 tghari setiap hari isnin hingga sabtu.ahad tukang letup tu cuti kot...:)...aku sempat tunggu meriam tu meletup.kuat giler bunyinya...bergegar la kejap telinga aku...ahahaha...klu kt london ada big ben,kt cape town dia pakai meriam je...meletup terus...semua org boleh dengar...

kt restoran tu aku kenal 2 org old timer,en.anwar misbach n puan miriam misbach.sgt2 friendly and lemah lembut.best dok dengar citer diorg pasal asalnya melayu kt situ.mcmana diorg create bahasa pertuturan yg dipanggil afrikaans,siapa yg terawal,dr mana asal mereka.ada yg asla dari makasar indonesia,ada yg asal dari keturunan panglima hitam dari tanah melayu...tp ygpenting diorg bangga jadi melayu,walaupun dh bertukar generasi.

org2 dekat cape town,atau pun lebih dikenali sbg capetonian ni sama gak mcm kt jo-burg.ada yg friendly,ada yg tak.tp kt sini ramai org kulit putih dan agak cerah berbanding kulit hitam.tp still,pukul 6 ke atas,tak digalakkan keluar merayau-rayau sesuka hati.bahaya jgn diundang beb.

10 hari di afrika selatan membuka luas pemikiran aku pasal org kulit hitam dan afrika selatan sendiri termasuklah betapa hebatnya bangsa melayu di bumi asing.kita sebenarnya boleh hidup dimana2 pun,asal tau membawa diri,asal tak jemu berusaha,asal mahu berusaha....

nnti aku sambung trip aku ke europe lak...aku start dgn germany dulu...so aku cau dulu...

so,apa kata hati...?tungguuuuuuu....

No comments:

Post a Comment