Tuesday, June 29, 2010

apa kata hati...episod 1: hamburg

so hier sind wir wieder....(so here we are again)....ahaha,ckp german la pulak aku ni...selepas lebih kurang 2 jam lebih aku travel overland dr berlin,sampai la aku kt hamburg.aku lodging kt satu hotel namanya gresham carat.hotel ok,staffs dia pun ok...tp sepanjang perjalanan sebelum tu,aku tido je.letih beb.byk benda dlm kepala otak aku,byk benda nk kena pikir n uruskan...



kt hamburg,aku jumpa dua manusia hebat.pasangan suami isteri yg sgt2 tinggi budi pekerti,sgt2 bersih hati diorg ni...



brader ni asal dari sarawak,dh puluh tahun dh duk kt seevetal,hamburg ni.berjumpa dgn isteri (seorg yahudi dr germany) somewhere in borneo,waktu tu diorg ada kt dlm hutan.yg hebatnya,dia berjaya mengIslamkan isterinya selepas bertemu.bukan calang2 org boleh mengislamkan seorg yahudi.hebat brader ni.brader ni seorg pelukis abstrak yg sgt kreatif.anak sorang pawang...tp yg paling best,dia bgtau aku,dia sebenarnya tak tau pun yg dia boleh melukis,tp one day,wife dia tu suruh dia buat sesuatu dgn kemahiran tangan yg dia ada n suruh dia melukis.tu la asalnya brader ni jadi pelukis,dan lukisan2 brader ni ada di seluruh dunia beb.aku ada nampak few of his artwork kt malaysian embassy kt berlin...hebat kan...?

lagi satu yg aku kagum cara dia mendidik anak perempuannya,taibah bidaya.budak ni baru je umur 10 tahun tp sgt2 pandai ambik hati org,n sgt2 menghormati org lain.hari yg aku jumpa dgn dia,dia bg aku sekuntum bunga ros,tanda perkenalan katanya.bygkan aku dgn krew yg semuanya jantan jahanam ni,dpt bunga dr sorg budak yg sgt comel dan lemah lembut tu...lepas ada waktu kitorg makan beramai-2,bila ddh selesai makan,dia akan mintak kebenaran dari brader ni untuk bangun dari meja makan tu...fuuhhh,mcm tu sekali brader ni didik anak dia.hebat,sgt hebat.tp aku tak nampak rasa terkongkong pun kt budak ni ada bapak yg tegas mcm tu.itulah didikan baik namanya.mlm masa kau gi lepak kt umah dia,anak dia ni akan mengaji,brader ni akan ajar anak n isteri dia mengaji selepas solat berjemaah...hmm,hebat sungguh...

org2 kt seevetal ni semuanya ramah dan baik.semuanya talkative and friendly dan suka tolong menolong.aku sempat la gi few tourist places mcm,hamburgerhafen,pelabuhan ke-2 terbesar kt europe,aku gi st.michael's church yg besar tu,musemu2 yg sgt byk,pastu aku gi tgk patung bismarck,ratthaus-town hal diorg yg sgt2 besar,pastu shopping jap kt europa passage...aku sempat beli leather jacket warna putih kt situ...woo hoo...tak la mahal ,dekat 100 euro.

ada satu hari tu aku berhenti kt satu tempat penanaman sayur kt area seevetal ni,sayur tu namanya spargel,mcm asparagus lebih kurang,yg palking best,awek yg jual sayur ni pakai leahter jacket...hu hu,kt malaysia mana ada org jual sayur pakai leather jacket...kt sini,diorg jual sayur pun ada pashmina kt leher... :)

3 hari aku kt hamburg ni byk pengalaman2 hebat yg aku dpt.nk kata gigih,mmg la semua org kt laur negara tu kena gigih bekerja dan berusaha.brader ni sgt2 tenang n sempoi.aku ada plan nk gi semula lepak dgn diorg ni...insyaAllah klu ada rezeki...

itu cerita aku kt hamburg...lepas ni aku nk citer pasal aku kt switzerland...

so apa kata hati...? auf wiedersehen...(goodbye)

No comments:

Post a Comment