Wednesday, August 18, 2010

apa kata hati? episod 4 : zurich

byk perkara sebenarnya aku dpt belajar kt switzerland...alhamdulillah byk la perkara2 yg positif,yg negatif un ada,mesti la,european kan,mana bleh lari dr kenegatifan...ahaha...tp perkara2 positif yg aku dpt belajar sepanjang kt switzerland,ada yg aku adapt bila aku balik malaysia,tp iyelah,org malaysia nampak kekok lah dgn benda yg aku buat tu,mcm mkn kt mcd lepas tu kemas sendiri,mkn kt kfc pun sama gak...sbb budaya mengemas kt fast food restaurant takde kt sini...tp takpelah,aku suka dgn apa yg aku belajar masa kt europe,so aku buat lah kt sini...aku rasa tak salah apa pun.takde buat sesapa rugi pun...

selepas 5 hari kt switzerland,aku bertolak ke scotland.aku naik flight turun kt manchester,pastu dr manchester ikut jalan darat travel ke aberdeen,scotland....nnti aku citer apa yg ada kt sana lak...

cau cin cau...

Tuesday, July 13, 2010

apa kata hati? epsiod 3 : zurich

kali ni aku nk citer masa aku kt satu restoran mini yg terlatak kt tempat nama stampfenbachstrasse...nama rest mini ni my kitchen,tp bukan malaysian kitchen yg dok heboh2 tu,ni my kitchen,dapur saya dlm bahasa melayunya...tokey kedai ni org gombak...husband n wife yg run this business...dirog ni mmg antara org melayu yg terbest aku pernah jumpa selama aku kt europe ni...

layanan diorg kt kitorg mcm anak raja...hebat la brader dgn kakak ni.sgt2 kelakar dan sgt2 ramah mesra alam...ahahaha...

actually brader ni dia asalnya chef sushi kt switzerland ni.sepanjang dia buat sushi,dia pernah serve paris hilton dan snoop dog.first time aku rasa sushi dia,mak datuk,aku terus melantak byk2..muahahaha...

selama aku kt kedai dia,aku tgk dari pukul 11am sampai pukul 2pm,pelanggan tak putus2.kedai dia ni berkonsepkan take away food,so pelanggan yg dine in hanay lebih kurang 4-5 org je satu masa,yg selebihnya take away...yg bestnya,pukul 2pm semua lauk termasuk sushi akan sold out.habis tanpa ada lebih sikit pun.aku dh rasa setiap lauk dan sushi,takde yg tak sedap,semua sedap sehingga menjilat jari kaki..woo hoo...best tgk org putih mkn lauk melayu,order makanan ikut apa yg ditulis kt menu board,brader ni pun sama,tulis bahasa malaysia je menu dia...ahahaha...lepas tu aku tgk org putih mkn smabal belacan,cili potong,makan pakai tangan lagi.aku kagum cara brader ni berniaga,sebab dlm masa yg sama dia mendidik mat saleh mat saleh ni makan dan adapt budaya melayu yg kengkadang org melayu kt malaysia sendiri dh lupa...

bercakap pasal budaya,mmg la org-org eropah ni budaya diorg bukan lah hebat mana pun,tetapi tamadun yg diorg bawa tu boleh mempengaruhi org lain dlm masa yg sgt singkat.aku tertarik dgn attitude pemandu kt sana,tak wreckless dan kurang ajar mcm pemandu kt malaysia.aku belajar satu perkara kt sana bila aku tanya kt sorg mat saleh,nama dia stefan,kenapa apabila pemandu kereta nampak je org nk melintas terus perlahankna kereta n stop.aku cuma nk tau apa jawapan dia sbb yg ada dlm kepala otak aku ialah,itu dh memang cara diorg,akan bg laluan pada pejalan kaki.mamat ni jawab lain pulak,dia jawab "because actually we are all pedestrians,even we drive cars,but do we drive in our house?do we drive when we're in the office?do we drive in the shopping mall?do we drive when we enter a restaurant? no,we walk.we walk to almost everywhere,we just dont realize it sometimes when we are behind the wheels.so that's why we have to respect pedestrians,because we are on of them..."pergghh...hebat jawapan mamat ni...brilliant...

apa lagi yg aku belajar dari org swiss ni...?hmm....ada lagi...

Friday, July 2, 2010

apa kata hati? episod 2 : zurich,switzerland

mlm lepas dh lepak kt restoran brader ni,kitorg jln2 kt bandar zurich.hebat beb.bandar yg penuh dgn bangunan2 lama....ada yg dekat 100 tahun lebih umur building tu.aku mcm nk giler amik gambar sana-sini.aku sempat pegi swiss bank yg tersohor tu..hebat,mmg hebat.



satu yg aku nampak pasal org2 swiss ni,aku tak nampak ada org yg susah pun kt bandar ni.semua org aku tgk mcm sama je levelnya,baik dari segi berpakaian,maupun dari segi berbelanja.mcm takde golongan susah pun kt bandar zurich ni.aku dpt tau dr brader ni,dia kata switzerland masa kegawatan ekonomi sedang melanda dunia,6 bulan selepas itu baru ada kesan pd switzerland.bayangkan betapa kayanya negara ni....!!!



tp kt sini cost of living agak tinggi...mmg nampak kayanya org2 swiss ni...

lagi satu,switzerland ni yg control negara bukan menteri or presiden or king,tetapi rakyat diorg...rakyat yg tentukan apa yg perlu dibuat untuk negara,apa yg patut dan apa yg tak patut.mmg la menteri2 nya,tetapi mereka mereka hanya menjalankan tugas mengikut apa yg rakyat mahukan.kuasa politik dan negara terletak ditangan rakyat.mmg ada pro dan kontra,tapi merek ni ada tamadun yg hebat,tu sebab boleh buat mcm tu.samapikan penagih dadah yg tegar dpt supply free 3 kali seminggu...so diorg tak perlu nk mencuri atau merompak sbb nk beli dadah.tp boleh ke buat kt malaysia mcm tu...?pikir la sendiri beb...dan perlukan kita buat mcm tu kt malaysia?hmmmm.......

crime rate mmg almost zero kt zurich ni...sebuah bandar yg sgt2 selamat,aku tak dengar org bertengkar,org bergaduh ke,org mabuk terlentang tepi jalan,takde semua tu...bersih,teratur walaupun ia adalah busy city....

matawang yg diorg gunakan adalah swiss franc atau CHF...rendah sikit berbandiung euro,1 euro : 1.3 chf.aku sempat la beli jam swatch yg terlatest utk gf aku.murah klu ikut franc,klu convert rm,ratus-ratus gak lah...

selama aku kt switzerland,aku sempat pergi few other places,luzern,stadel dan bern.

aku sambung lg nnti...cau cin cau...

Thursday, July 1, 2010

apa kata hati...? episod 1 : zurich,switzerland...

dari hamburg ke zurich,aku travel by land lagi.satu experience yg mmg best giler.byk pemandangan menarik dan cantik aku dpt tgk...motorway (kt sini kita panggil highway) kt sana takde speed limit,dan takde toll lansung...hebat...

perjalanan agak jauh,lebih kurang 8 jam dari hamburg ke zurich.selam dlm vito tu,ada masa aku terlelap,ada masa aku melayan view kt luar,ada masa aku layan mp3,ada masa aku tido balik...bertolak dari hamburg hr tu lebih kurang pukul 4 ptg jugak la...patutnya sampai pukul 12 mlm,tp sbb berhenti2,pastu kitorg pun tak rush sgt campur dgn tersesat jln sbb GPS jd bilo kejap,so sampai la kt zurich dekat pukul 4 pagi...12 jam dlm perjalanan beb,tp takpe,kitorg ok je...

pagi masa sampai aku lodged kt hotel leoneck.tp ada sikit masalah kt situ sbb voucher utk menginap dh kena cancelled.so ada bertegang urat jugaklah tour guide aku dgn receptionist kt situ.so,takmo panjang2,dia terus bayar guna duit dia dulu.so kitorg pun dptlah check in...pagunya aku sedar dlm pukul 10,terus tour guide tu kata "we have to check out now,because we are actually got another hotel reserved for everybody..."salah hotel rupanya..ahahah...actually bukanlah salah tour guide aku,sbb voucher yg ada pd dia hotel leoneck tu,rupa2nya,agency office dh tukar ke hotel lain without properly informed him...ahahaha,best gak story tu... :D

so checked out la aku n grup aku n check in ke satu hotel lagi,hotel senator...terbaeekk hotel ni..5 star tu...lepas je letak2 brg,aku terus gerak gi satu location nama badenerstrasse,zurich.kt situ ada satu brader melayu own a restaurant name Singapore Restaurant,tp dia bukan org singapore,dia org kuala kangsar,perak yob...seorang lelaki yg sgt2 cool dan low profile....

cerita brader ni lagi hebat.dia hitchiking tahun 1984 ke merata dunia...arabian countries,europe,semua dia dh explore...brader ni kawin dgn perempuan swiss...dengar citer brader ni mcmana dia menjelajah dunia dgn hitchiking,pheww,aku rasa klulah aku ada peluang mcm tu dulu,aku tak tau apa dh jadi kt aku ni...ntah jd org ke tak agaknya....brader ni pernah buat mcm2 kerja,dari kerja dgn org arab,sampailah kerja dgn org malaysia sendiri..dari kerja oil and gas,sampailah kerja kt restoran...

actually restoran yg dia yg skrg ni adalah milik org malaysia jugak sebelumnya.dia mula kerja dgn restoran ni klu tak silap 10-15 tahun dulu,tp sbb owner lama dia nk balik malaysia for good,so brader ni amik alih sepenuhnya la restoran ni.dia ada sorang partner,melayu singapore.dua2 brader ni best giler.cool n sgt2 merendah diri.

masa aku kt restoran tu,aku tgk ramai giler customer dia.org putih makan nasik and lauk melayu tu...aku try semua lauk yg ada kt siut,aku boleh cakap "TERBAEEEKKKK!!!!" mmg sedap giler makan kt situ,dh la sedap lepas tu byk pulak...nasik mcm nk makan 2 org sekali diorg hidangkan...aku order naik goreng udang,udang dgn nasik,mcm nk sama byk...ahaha...

bila aku tgk kehidupan brader ni,aku rasa mcm teringin nk bermastautin kt negara org...sj nk try cara hidup yg baru...sj nk try sejauh mana aku boleh pergi...


to be continued....

Tuesday, June 29, 2010

apa kata hati...episod 1: hamburg

so hier sind wir wieder....(so here we are again)....ahaha,ckp german la pulak aku ni...selepas lebih kurang 2 jam lebih aku travel overland dr berlin,sampai la aku kt hamburg.aku lodging kt satu hotel namanya gresham carat.hotel ok,staffs dia pun ok...tp sepanjang perjalanan sebelum tu,aku tido je.letih beb.byk benda dlm kepala otak aku,byk benda nk kena pikir n uruskan...



kt hamburg,aku jumpa dua manusia hebat.pasangan suami isteri yg sgt2 tinggi budi pekerti,sgt2 bersih hati diorg ni...



brader ni asal dari sarawak,dh puluh tahun dh duk kt seevetal,hamburg ni.berjumpa dgn isteri (seorg yahudi dr germany) somewhere in borneo,waktu tu diorg ada kt dlm hutan.yg hebatnya,dia berjaya mengIslamkan isterinya selepas bertemu.bukan calang2 org boleh mengislamkan seorg yahudi.hebat brader ni.brader ni seorg pelukis abstrak yg sgt kreatif.anak sorang pawang...tp yg paling best,dia bgtau aku,dia sebenarnya tak tau pun yg dia boleh melukis,tp one day,wife dia tu suruh dia buat sesuatu dgn kemahiran tangan yg dia ada n suruh dia melukis.tu la asalnya brader ni jadi pelukis,dan lukisan2 brader ni ada di seluruh dunia beb.aku ada nampak few of his artwork kt malaysian embassy kt berlin...hebat kan...?

lagi satu yg aku kagum cara dia mendidik anak perempuannya,taibah bidaya.budak ni baru je umur 10 tahun tp sgt2 pandai ambik hati org,n sgt2 menghormati org lain.hari yg aku jumpa dgn dia,dia bg aku sekuntum bunga ros,tanda perkenalan katanya.bygkan aku dgn krew yg semuanya jantan jahanam ni,dpt bunga dr sorg budak yg sgt comel dan lemah lembut tu...lepas ada waktu kitorg makan beramai-2,bila ddh selesai makan,dia akan mintak kebenaran dari brader ni untuk bangun dari meja makan tu...fuuhhh,mcm tu sekali brader ni didik anak dia.hebat,sgt hebat.tp aku tak nampak rasa terkongkong pun kt budak ni ada bapak yg tegas mcm tu.itulah didikan baik namanya.mlm masa kau gi lepak kt umah dia,anak dia ni akan mengaji,brader ni akan ajar anak n isteri dia mengaji selepas solat berjemaah...hmm,hebat sungguh...

org2 kt seevetal ni semuanya ramah dan baik.semuanya talkative and friendly dan suka tolong menolong.aku sempat la gi few tourist places mcm,hamburgerhafen,pelabuhan ke-2 terbesar kt europe,aku gi st.michael's church yg besar tu,musemu2 yg sgt byk,pastu aku gi tgk patung bismarck,ratthaus-town hal diorg yg sgt2 besar,pastu shopping jap kt europa passage...aku sempat beli leather jacket warna putih kt situ...woo hoo...tak la mahal ,dekat 100 euro.

ada satu hari tu aku berhenti kt satu tempat penanaman sayur kt area seevetal ni,sayur tu namanya spargel,mcm asparagus lebih kurang,yg palking best,awek yg jual sayur ni pakai leahter jacket...hu hu,kt malaysia mana ada org jual sayur pakai leather jacket...kt sini,diorg jual sayur pun ada pashmina kt leher... :)

3 hari aku kt hamburg ni byk pengalaman2 hebat yg aku dpt.nk kata gigih,mmg la semua org kt laur negara tu kena gigih bekerja dan berusaha.brader ni sgt2 tenang n sempoi.aku ada plan nk gi semula lepak dgn diorg ni...insyaAllah klu ada rezeki...

itu cerita aku kt hamburg...lepas ni aku nk citer pasal aku kt switzerland...

so apa kata hati...? auf wiedersehen...(goodbye)

Monday, June 28, 2010

apa kata hati...episod 2 : berlin

selama aku kt berlin,aku byk la dpt tgk apa yg dh jadi pada segelintir melayu yg tinggal kt sana,melayu yg dh jadi org jerman,melayu yg dh bukan lagi melayu.tapi itu bukan isu besar pd aku.diorg pilih utk jadi mcm tu,itu hak diorg lah.yg penting,aku tetap diorg layan mcm biasa,takde lebih,takde kurang.

tp pengalaman yg paling menarik masa aku masuk memorial of murdered european jews...kt dlm tu menceritakan pasal holocaust,pasal kekejaman nazi,pasal kekejaman hitler.mmg lah yg kena bunuh tu org yahudi,tp adakah ia sesuatu yg patut dilakukan?aku tak nak komen bab tu,tp klu dikira dari aspek kemanusiaan,mmg la tak patut.itu isu yg sgt kompleks dan berat untuk dibincangkan...kena tgk dari pelbagai segi,dr pelbagai pandangan.kt dalam tu aku bacalh segala yg berlaku,luahan perasaan mangsa,tp yg paling sedih ada satu bapa dipaksa utk sembelih anak sendiri klu tak,seluruh keluarga akan dibunuh kejam. tp selepas disembelih anaknya tu,tetap seluruh keluarga dibunuh kejam.hmmm...aku hampir menitiskan air mata masa kt dalam tu..aku tak pikir pasal yahudi atau tak,aku cuma membayangkan betapa terseksanya diorg...

lepas puas melawat kt dalam tu,aku pekena kbab kt satu restoran turki dekat2 area memorial tu...terbaeekkk gak...tp agak mahal...

3 hari di berlin mcm tak cukup bagi aku.masa on the way ke hamburg,aku sempat berhenti kt berlin city,tgk2 barang.aku sempatlah beli few souvenirs,aku ni gile fridge magnet...ahahaha...aku sempat masuk jap kt hard rock berlin,kena 2-3 short glass of whiskey,aku terus ke hamburg....

so,nnti aku sambung dgn hamburg...aku cau dulu...

Friday, June 25, 2010

apa kata hati...episod 1 : berlin,germany

aku dgn geng budak setan bertolak ke germany pd 17/05/2010,naik etihad,tp kitrg tak amik direct flight,transit kt abu dhabi,then from there flew to frankfurt,then transit lg,(kena tunggu dekat 5 jam kt sini) pastu flew lak ke berlin.penat giler masa tu,tp dh keja kan...

sampai je kt berlin tegel airport,kitrg disambut sorg mamat afghan yg akan jd driver kitrg selama di europe.ashraf ayubi,friendly guy,rajin n informative.

berlin masa aku sampai tu bukan main sejuk lagi,2-3 lapi gak la baju kena pakai...;).lepas check in kt hotel agon alexnaderplatz,aku terus gi jumpa satu brader melayu kt satu tempat nama torstrasse.dia owner restaurant masakan asian/malaysian,champor-champor.brader ni dh duduk berlin dekat 20 tahun gak la n kawin dgn org sana.hebat brader ni.seorang chef,business owner yg cool.aku sempat jumpa 2 org sisters dia yg kerja kt situ.masa aku sampai restoran dia tu,dh pukul 2 lebih,so aku mkn dulu la.dia masakkan aku masak lemak,ikan goreng,sayur campur n few malaysian dishes.terbaeekkk....!!!

warga berlin ni tidaklah friendly sgt,tp diorg ni more to kau,hal kau,aku,hal aku,mcm tu la...tp yg penting utk aku buat kerja kt sini mmg senang,takde halangan or hassle dari pihak berkuasa or the people themselves.mcm masa aku kt south africa tu ada la hassle dr police and all that.

aku sempat gi tempat tembok berlin yg dh jadi sejarah tu,memorial of murdered european jews,motorrad museum,the parliment anf few other places yg aku pun x ingat...


to be continued.....